TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID
Gangguan emosi merupakan satu situasi yang menunjukkan seseorang individu mengalami konflik dalaman yang sukar untuk diatasi olehnya. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan dan dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.
Konflik atau gangguan dalaman akan memberi kesan ke atas tingkah laku seseorang. Gangguan emosi berlaku apabila situasi atau masalah yang dihadapi melebihi kebolehan seseorang untuk mengatasinya. Gangguan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak terutama murid-murid di sekolah.
Tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan muridWenesda,
4 March 2015
Gangguan emosi yang tidak dapat diatasi akan membawa kepada gangguan pemikiran, pelbagai perubahan tingkah laku seperti ketakutan, kebimbangan dan kemurungan. Murid yang menghadapi gangguan emosi dapat dikenalpasti melalui beberapa tanda.
Di antara tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan murid-murid adalah:
- Kurang selera makan
- Loya tekak dan sering muntah
- Suka menyendiri / mengasing diri
- Sering sakit perut/ sakit kepala
- Kemurungan
- Kelihatan sedih/ kecewa
- Kurang keyakinan diri
- Kerap menangis tanpa sebab
- Kencing malam
- Suka menggigit kuku
- Cepat marah
- Bertindak agresif/ impulsif
- Ketakutan dan kebimbangan yang melampau
- Kelihatan lesu/ letih dan sering mengantuk
- Kerap diserang penyakit
- Bertingkah laku ganjil
Punca Gangguan emosi
Terdapat banyak punca yang menyebabkan gangguan emosi dalam kalangan murid di sekolah. Punca-punca gangguan emosi murid boleh dikategorikan kepada faktor kekeluargaan, faktor rakan sebaya, , faktor guru, faktor sekolah dan faktor persekitaran masyarakat.
Terri mouro (2004) menyatakan faktor persekitaran sekolah, perstiwa dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya dan lain-lain lagi.
Faktor Kekeluargaan
- Keadaan keluarga yang kucar kacir, pertengkaran dan perceraian kedua ibu bapa
- Status ekonomi keluarga yang tidak stabil serta masalah kewangan
- hubungan ahli keluarga tidak rapat, sering berlaku pergaduhan antara adik beradik
- kurang perhatian, penghargaan dan kasih sayang daripada ibubapa
- penderaan oleh ibu bapa atau penjaga
- sikap ibu bapa yang pilih kasih
Faktor rakan sebaya
- rakan sebaya yang agresif dan sering bergaduh
- ejekan dan penghinaan daripada rakan sebaya
- ugutan dan buli rakan sebaya
- rakan sebaya yang suka menunjuk
- disingkir dan tidak diterima oleh rakan sebaya
Faktor Guru
- guru yang mengamalkan pilih kasih /diskriminasi
- gaya dan kaedah pengajaran yang kurang sesuai
- kemahiran komunikasi guru
- guru yang kasar dan agresif
- Hubungan guru murid yang kurang mesra
- kepimpinan guru yang autokratik
Faktor sekolah
- suasana dan persekitaran sekolah tidak kondusif
- kurang kemudahan infrustruktur sekolah
- sikap pentadbir sekolah
- budaya sekolah yang hanya mementingkan kecemerlangan akdemik
- peraturan dan disiplin sekolah yang terlalu ketat
Faktor persekitaran
- ahli masyarakat yang materialistik
- hasad dengki dan prasangka ahli masyarakat
- kurang persefahaman dalam kalangan ahli masyarakat
- diskriminasi dalam masyarakat
Langkah-langkah bagi mengatasi gangguan emosi murid
Gangguan emosi dalam kalangan murid tidak seharusnya dipandang ringan oleh guru dan ibu bapa. Guru yang profesional dan bertanggungjawab seharusnya prihatin dan sensitif dengan perubahan
diri murid yang mengalami gangguan emosi. Seterusnya guru perlumengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu murid bagi mengatasi gangguan emosi tersebut.
Di antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah:
- Berbincang secara peribadi dengan murid tersebut untuk mengenalpasti punca gangguan emosi
- Memberi perhatian dan penghargaan yang sesuai kepadanya
- Memberi motivasi, dorongan dan sokongan yang positif untuk meningkatkan keyakinan diri dan konsep kendiri
- Merujuk murid tersebut kepada kaunselor sekolah
- Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga
- Kepimpinan guru dan pentadbir yang demokratik
- Strategi dan kaedah pengajaran guru yang pelbagai dapat memenuhi kehendak dan keperluan murid
- Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
No comments:
Post a Comment